HOME - SPN

anda belia?
masih mencari peluang pekerjaan?

Jom Sertai Skim Perantisan Nasional ( SPN )

APA ITU SPN??

SKIM PERANTISAN NASIONAL

Merupakan sebuah Inisiatif Rentas Kementerian antara Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.

Program ini khas untuk belia di bawah umur 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan atau mengganggur, anda berpeluang untuk mendapat latihan dan pekerjaan serta gaji melebihi RM1,200 melalui Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Skim yang berkonsepkan “place and train” ini memberi jaminan peluang pekerjaan sebanyak lebih 10,000 peluang yang disediakan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang terlibat.

MATLAMAT UTAMA SPN

PENGALAMAN

Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman kepada belia.

KEMAHIRAN

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dana dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skill dan on-job training.

PENGANGGURAN

Membantu mengurangkan kadar pengangguran belia.

apa Manfaat kalau Sertai SPN?

Belia yang layak dan berjaya menyertai SPN ini bakal menerima 3 manfaat iaitu:

ADA SYARAT KE NAK SERTAI SPN??

sYARAT-sYARAT SPN

DENGAN SPN ANDA BERPELUANG MENJADI KELUARGA UNTUK SYARIKAT tERNAMA BERIKUT

Kisah Kejayaan

Saya berasal daripada keluarga B40 yang mempunyai kehidupan yang sederhana. Saya bersyukur kerana berpeluang menyertai worldline international (Malaysia) Sdn Bhd. Yang merupakan salah satu syarikat terkemuka di negara ini sebagai pembangun IT setelah menamatkan tempoh perantisan.

Saya berharap dapat memulakan karier saya dengan memperoleh pengetauan dan pengalaman yang berharga


Liang Khai Jing
IT Developer Worldwide International SDN. BHD
Saya gembira terpilih sebagai salah satu seorang perantis bagi program ‘place and train di bawah Skim perantisan Nasional.

Alhamdulilah saya ditawarkan menjadi perantis A&W (Malaysia) Sdn Bhd bagi mempelajari kemahiran dan teknik pengurusan kedai makanan segera antarabangsa.

Saya berharap dapat meningkatkan tahap pekerjaan saya di samping dapat ditawarkan ke jawatan tetap di A&W setelah program tamat.
Megat Nazryl Harith
Pembantu pengurus restoran A&W (Malaysia) Sdn. Bhd.
"Felo NGO memberikan saya peluang untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran saya di dalam sesebuah organisasi, merasai dunia pekerjaan yang sebenar serta dapat berkhidmat untuk masyarakat.

TERIMA KASIH SPN!





Malini R Tamil Salun
Perantis Skim Perantisan Nasional Felo NGO Majlis Belia India Malaysia Negeri Pahang

PENDAFTARAN SEHINGGA

31 JANUARI 2022

Jangan Lepaskan Peluang.
Daftar Sekarang!